Ketua Pergerakan Wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fatimah Abdullah berharap ada dalam kalangan Ahli Parlimen wanita GPS diberi mandat menyertai barisan Kabinet.<br /><br />Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bagaimanapun menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menentukannya.